Apakah
dia yang paling laju di dunia, lebih laju kereta F1 malah lebih
laju dari Jet pejuang?
Jawapan:
Maaflah tak sempat nak tengoh, sebab laju sangat. Zoommm
dah hilang.
Semua
hewan jadi monyet, monyet jadi apa?
Jawapan:
Jadi banyak.
Kerbau
apa yang sudah dicari-cari tetap tidak kelihatan?
Jawapan:
Kerbau yang hilang
Menyalak
bukannya anjing, mengiau bukannya kucing, berkokok bukannya
ayam, terbang bukannya burung, mengembik bukannya kambing..
Binatang apakah itu?
Jawapan:
Binatang ajaib
Macam
mana nak masukkan Gajah dalam peti sejuk?
Jawapan:
Buka peti sejuk, masukkan Gajah lepas tu tutup
Macam
mana nak masukkan Rusa dalam peti sejuk?
Jawapan:
Buka peti sejuk, keluarkan Gajah, masukkan Rusa dan tutup
peti sejuk.
Kalau
seluruh hutan terbakar dan semua binatang mati kecuali seekor,
agak-agak binatang apakah itu?
Jawapan:
Rusa, sebab dia masih dalam peti sejuk.
Kenapa
Superman berbaju ketat?
Jawapan:
Baju dia saiz S, besar kat depan dada dia.
Kalau
kucing naik moto, manusia naik apa?
Jawapan:
Heran
Gajah
lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah
pulak?
Jawapan:
PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Lima
pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin
itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan
terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan:
Stokin tu basah lah....
Aku
berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila
ku toleh ke belakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan:
Aku berjalan secara mengundur!
Seekor
lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah,
kemudian 270 darjah ke kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap
sekarang?
Jawapan:
Ke bawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan
rumput.
Bila
loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun
dahulu?
Jawapan:
Spedometer bas lah...
Kenapa
doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?
Jawapan:
Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Kenapa
mayat dibungkus kain putih?
Jawapan:
Kalau dibungkus dengan kain hitam, siapa takut!!!!
Bila
gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam, dan kambing jadi ayam.
maka ayam menjadi apa?
Jawapan:
Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Ekor
siapa panjang, ekor tikus atau ekor kuda?
Jawapan:
Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya
menyentuh tanah.
Kenapa
di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan:
Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Lampu
apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan:
Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan
keluar orangnya.
Kalau
ditutup dia akan mengintai, tapi kalau dibuka dia akan
marah-marah?
Jawapan:
Orang naik beca semasa hujan
Mengapa
guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan
profesor dibahagian depan?
Jawapan:
Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, sedang
profesor memikir untuk masa depan.
Apakah
benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan:
Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia
atau tikus!
Kenapa
kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan
dengan kepintarannya?
Jawapan:
Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak
dibandingkan lelaki yang buta.
Kalau
manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok
nampak apa?
Jawapan:
Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat
pokok.
Apakah
yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan:
Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang
dikehendaki adalah "dan"
Bila
makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan:
Buang tebiat
Batang
apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang
tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan:
Batang hidung engkaulah!
Pak
Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu
getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah
pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa
tumbuh dulu?
Jawapan:
Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Ada
seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu
suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi
dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan
Fatimah. Kenapa?
Jawapan:
Sebab anak dia tu perempuan
Kalau
kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan:
Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan
rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
Kenapa
ayam lepas minum dia dongakkan kepala. kalau makan tak pulak?
Jawapan:
Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Zaman
jepun dulu, kalau askar jepun jumpa lalaki hemsem, mesti ke
pancung. Ditakdirkanlah awak hidup zaman jepun, dan kebetulan
satu hari tu anda terserempak dengan askar jepun dari jauh. Apa
yang anda buat untuk menyelamatkan diri?
Jawapan:
Buat selamba je laa.. apa kau ingat kau hensem sangat ke?
Apakah
haiwan yang berkaki 3?
Jawapan:
Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Kenapa
kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan:
Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang
cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Apa
perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan:
Orang gemuk makan tempat, orang kurus makan hati.
Haiwan
apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan:
Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Kenapa
koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan:
Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Ada
sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar
ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara
bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan:
Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal...
ha...ha...ha..
Apa
yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan:
Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja
menggali jalan oleh TELEKOM
10
ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan
kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah, namun 4 ekor
burung telah jatuh ke bumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu
jatuh kebumi?
Jawapan:
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya
dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Apa
kita buat sebelum turun dari perahu?
Jawapan:
Kita naik perahu le dulu, macam mana nak turun kalau tak
naik dulu.
Ikan
apa yang ada ketiak?
Jawapan:
Taukea ikan.
Apa
yang dipegang lembik dipukul keras?
Jawapan:
Tahi ayam melekat kat tiang lampu.
Kenapa
anjing jinak suka goyang ekor?
Jawapan:
Kalau goyang punggong nanti orang kata macam Inul
(Dangdut)
Kenapa
ikan Yu takut dengan ikan lumba-lumba?
Jawapan:
Sebab ikan lumba-lumba suka bawak geng. Kalau lawan satu
sama satu, belum tahu lagi.
Kalau
Haiwan dan Serangga boleh sekolah, siapa yang selalu lewat ke
sekolah?
Jawapan:
Ulat Gonggok, sebab dia banyak kaki lambat nak pakai
kasut sekolah.
Kenapa
dalam film Hulk, bila hero bertukar jadi Hulk, badan dia terus
membesar tapi baju dia je yang koyak seluar tidak?
Jawapan:
Kalau seluar yang koyak tajut jadi film Blue pulak..
Kenapa
orang membaca yasin dikubur bedosa besar?
Jawapan:
Sebab membunuhkan bedosa besar, orang tu tengah baca
yasin kenapalah di kubur, matilah dia..
Binatang
apa, kaki macam gajah tapi bukan gajah, telinga macam gajah tapi
bukan gajah, badan macam gajah tapi bukan gajah, ada belalai
macam gajah tapi bukan gajah?
Jawapan:
Anak Gajah
Ada
seekor anjing yang sangat besar. Anjing ni sangat suka makan dan
sekali dia makan, bekilo-kilo makanan habis dikerjakannya. Yang
paling best, bila dia berak, tahi dia melonggok besarnya. Sudi
tak awak komgsi makan tahi tu dengan saya?
Jawapan:
Kalau "Tidak", jawaplah "Awak ni kedekut
le, kita ajak bekongsi dia tak nak. Awak makanlah
sorang-sorang", Kalau "Ya", jawaplah "Oleh
kerana awak ni baik hati saya hadiahkan bahagian saya untuk
awak", kalau "Takpalah, saya dah kenyang, awak je lah
yang habiskan" jawapanya awaklah yang kena.
Ada
20 ekor babi di dalam sebuah lori, dalam perjalanan ke pusat
penyembelihan, lori pergi ke stesen minyak… dua ekor babi
tak tahan bau diesel lalu melompat… seterusnya…
lori itu berhenti di lampu isyarat… seekor babi melompat
kerana tidak sabar menunggu… dan di Simpang Tiga…
seekor babi terasa amat panik lalu melompat… berapa ekor
babi yang tinggal…?
Jawapan:
20 ekor jugak pasai dia lompat dalam lori aje (Di
Malaysia kan babi kena bawak dalam sangkar…)
Babi
dan beruk ada seorang kawan iaitu tarzan, apabila tarzan mandi
kenapa babi dan beruk gelak?
Jawapan:
Sebab ekor babi dan beruk kat belakang, ‘ekor’
tarzan kat depan… (pendek pulak tu…)
Cuba
Teka, mouse komputer betina ke jantan?
Jawapan:
Mouse komputer adalah betina kerana ia memakai pad.
Seorang
penggali kubur semasa nak gali kubur ada pantangnya.. kalau dia
langgar pantang ni..mesti ada sesuatu yang berlaku padanya..
pantangnya..kenapa dia tak bole pakai seluar dalam masa gali
kubur?
Jawapan:
Kalau gali kubur kena pakai cangkul, kalau pakai seluar
dalam bila nak siap.
Kereta
dengan motor, mana lebih tua?
Jawapan:
Motor, sebab motor pakai tongkat...
Kasut
apa yang paling keras di Malaysia?
Jawapan:
Kasut BATA laaaa..
Kalau
5 orang cina tolak seorang, jadi apa?
Jawapan:
Yang sorang tu jatuh le..
Apa
yang boleh dipotong dengan daging?
Jawapan:
Tahi panjang waktu tengah berak.
Apa
binatang yang boleh terbang, memanjat pokok dan berenang dalam
air?
Jawapan:
Ada banyak jawapan tapi yang pasti mesti 3 binatang bukan
1. Burung, Monyet dan Ikan.
Kenapa
apabila monyet makan, ia suka simpan di pipi?
Jawapan:
Saya tak tahu sebab saya bukan monyet, sapa yang jawap tu
paham-paham laa..
Pintu
ape yang walaupun dengan 10 org pun tak boleh nak tolak?
Jawapan:
Pintu yang kena tarik bila nak buka, kalau ditolak tentu
tak dapat.
Tukang
ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Jawapan:
Tukang gali kubur
Apa
yang waktu malam dia hidup siang dia mati?
Jawapan:
Drakula
Sebuah
bas membawa 30 orang penumpang. Tiba-tiba berlaku satu
kemalangan, semua penumpang dan driver bas mati. Apa yang masih
hidup?
Jawapan:
Lesen memandu, Roadtax dan insurent Driver Bas tu.
Kereta
berhenti tarik Handbrek, Kuda Berhenti Tarik Apa?
Jawapan:
Tarik nafas sebab penat belari
Kenapa
Pontianak berambut panjang?
Jawapan:
Sebab malam kedai gunting tutup.
Apa
kucing selalu ada, tapi gajah tak mungkin ada?
Jawapan:
Anak kucing
Katak
apa yang boleh melompat lebih tinggi dari Bangunan Berkembar
Petronas?
Jawapan:
Semua katak... sebab Bangunan Petronas tak boleh melompat
Bibir
bertemu bibir, tangan meraba raba mencari lubang sehingga
menimbulkan keasyikan?
Jawapan:
Orang main seruling
Di
laut merah terdapat banyak ikan jerung, kerana?
Jawapan:
Kerana itu janganlah kau berenang di sana!
Apa
beza kacang panjang dengan seluar panjang?
Jawapan:
Kacang panjang bila dipotong namanya tetap kancang
panjang, tapi seluar panjang bila dipotong jadi seluar pendek
Katak
apa yang dilanggar kereta tapi masih tak mati?
Jawapan:
Katak panjang umur
Ada
3 orang yang memakai payung - orang pertama gemuk, orang kedua
kurus, orang ketiga pendek... siapa yang basah?
Jawapan:
Tak ada sapa yang basah sebab tak hujan pon
Bagaimana
cara nak masukkan 71 orang ke dalam kereta Perodua Kancil?
Jawapan:
2 duduk kat depan, di belakang baring posisi 69
Nenek
siapa yang larinya melompat-lompat?
Jawapan:
Nenek si Kangaroo
Perbuatan
apa yang ditegah oleh agama tetapi juga dibenci setan?
Jawapan:
Merogol anak setan
Ayam
apa yang boleh bertelur di gunung, di gua, di hutan?
Jawapan:
Ayam betina ler
Kereta
apa yang tidak boleh dicat?
Jawapan:
Kereta yang hilang
Kuda
apa yang boleh lihat kau, tapi kau tak boleh lihat kuda itu?
Jawapan:
Kuda yang tengah sembunyi
Kenapa
Superman pakai "S" di bajunya?
Jawapan:
Kalau pakai "XXL", longgar sangat
Lipas
apa yang kepalanya di kaki, badan-nya di kaki, sesungutnya di
kaki, matanya di kaki?
Jawapan:
Lipas kena pijak
Ikan
apa yg banyak di laut ?
Jawapan:
Ikan yang basah
Kenapa
kentut kau lebih kuat bunyinya daripada kentut aku?
Jawapan:
Sebab kau kentut kat Microphone
Siapa
yang menemukan dompet kulit?
Jawapan:
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
kepada aku
Berapakah
jauhnya planet Pluto dari matahari?
Jawapan:
Tersangaaaaatlah jauhnya
Bila
hari hujan, macam mana cara kalau kita tak nak nampak/dengar
bunyi/titisan hujan?
Jawapan:
Kalau kita masuk lif pastu tutup pintu lif.
Selalunya
kita jumpa semalam baru kita jumpa esok. Dekat mana kita boleh
jumpa esok dulu sebelum jumpa semalam?
Jawapan:
Kalau kita baca kamus dari depan ke belakang.
Apa
dia: ayam di luar, ikan di dalam?
Jawapan:
Ikan sardin cap ayam.
Apa
dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?
Jawapan:
Michael Jackson.
Kenapa
hidung lembu sentiasa berair?
Jawapan:
Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu.
Bom
apakah yang tak pernah meletup?
Jawapan:
Bomba ataupun kuih bom.
Kereta
apa yang orang tak pernah panggil kereta?
Jawapan:
Teksi.
Kenapa
anjing kencing angkat sebelah kaki
Jawapan:
Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah
dia angkat sebelah aje.
Apa
binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb"
mentol
Jawapan:
Semut yang matanya BENGKAK
Bagaimana
nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Jawapan:
Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana
ada pompuan nama BAKAR
Kenapa
laki-laki suka berpikir dan perempuan suka bercakap?
Jawapan:
Kerana laki-laki ada 2 kepala, perempuan bula ada 2
mulut.
Kenapa
orang bercinta suka meraba raba?
Jawapan:
Kerana cinta itu buta
Panjangnya
15 cm, kemerahan, ada kepalanya, dan kalau banyak boleh membuat
perempuan naik gila?
Jawapan:
Duit sepuluh ringgit
Apa
sebab utama perceraian?
Jawapan:
Perkawinan
Binatang
ape power Karate?
Jawapan:
Kuda belang. cuba kira berapa "black belt" dia
ada.
Saya
ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Jawapan:
Pembohong...
Kenapa
lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Jawapan:
Sebab lelaki ni kan 'buaya'
Nak
mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?
Jawapan:
Tahi hidung
Kenapa
pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Jawapan:
Mestilah kena tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile
ape...
Gajah
terbang dengan ape?
Jawapan:
Dengan susah payah......
Apa
dia Berwarna hitam, montok, terbelah tengahnya?
Jawapan:
Tahi kerbau dilanggar Motosikal
10 comments:
menarik teka teki ini,minta share kt blog saya ye...saya follo awak!harap dapat follo saya..
macam kenal je.. haha!
1 teka teki...Bila kita baring ia duduk bila kita duduk ia baring...apa kh itu..??
1 teka teki...Bila kita baring ia duduk bila kita duduk ia baring...apa kh itu..??
best ..
reported the majority cover his or her's lending products in timely manner not to mention without problems
A top credit card debt nonprofit charities is attempting the amount of many people looking at individuals regarding assist about payday cash advance credit card bills to dual this specific. bill charitable organisation says around used typically the payday, substantial attention financial products 2010. The charitable organization claims 3 years gone by the amount of people with them was first simple.
szybka pożyczka
chwilówki dąbrowa górnicza
kredyty bez bik
pożyczka na dowód
pożyczka bez bik 30000
http://pozyczkanadowod24.com.pl
http://pozyczkanadowod24.net.pl
http://pozyczki-prwatne.org.pl
1 teka-teki=mulut bertemu mulut tangan meraba-raba mencari l0bang jawapan=sedang beromen
jawaban yang tolo ditanya seputar air malah jawab yang aneh aneh...sampah!
jawaban yang tolo ditanya seputar air malah jawab yang aneh aneh...sampah!
I κnοw this if off topic but I'm looking into starting my own web-site and was wondering what all is required to get set up? I'm assuming having a blog
like yοurs woulԁ cost a pretty penny? I'm not very web smart so I'm nоt 100% sure. Any recommendations or advice would be greatly appreciated. Many thanks
Here is my site ... Fast Cash Advance Online
Post a Comment